
11 Oct MELAKAR SEJARAH – KAMI JUARA AKHIRNYA
Satu detik bersejarah buat keluarga besar SAGYMA apabila dinobatkan sebagai Juara Anugerah Sukan Untuk Semua (Kategori Persatuan) di peringkat kebangsaan!
Anugerah berprestij ini disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 11 Oktober 2025, sebagai simbol pengiktirafan tertinggi terhadap usaha dan komitmen SAGYMA dalam memperkasa pembangunan sukan gimnastik di Malaysia.
Kejayaan ini membuktikan bahawa usaha gigih, semangat kesukanan dan dedikasi berterusan akhirnya membuahkan hasil.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada:
Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED), Majlis Sukan Negara (MSN) Sarawak, Sarawak Sports Corporation (SSC), Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF), para jurulatih, gimnas, ibu bapa, serta ahli EXCO SAGYMA atas sokongan padu dan kepercayaan yang tidak pernah putus.
Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk SAGYMA terus melangkah maju dan gemilang demi kemajuan gimnastik Sarawak dan Malaysia!