
17 Jan SUKSAR III: Zon Utara ungguli saingan hari pertama
SIBU: Kontinjen Zon Utara (Bintulu, Miri dan Limbang) berjaya mengungguli pentas saingan temasya Sukan Sarawak (SUKSAR) III 2023 yang bermula hari ini.
Ini susulan kontinjen berkenaan berjaya mengumpul 19 pingat keseluruhan iaitu lapan emas, tiga perak dan lapan gangsa.
Lapan pingat emas yang diraih oleh pasukan Zon Utara adalah dari acara angkat berat (4 emas) dan karate (4 emas) manakala tiga pingat perak masing-masing dari acara karate, angkat berat dan wushu.
Pingat gangsa pula daripada acara angkat berat (1), karate (2), wushu (4) dan berbasikal (1).
Sementara itu, Zon Tengah (Sibu, Mukah, Kapit) yang gah dengan 21 pingat keseluruhan berada di kedudukan kedua, berjaya menggumpul lima pingat emas, sembilan perak dan tujuh gangsa.
Lima pingat emas daripada acara berbasikal (1), wushu (3) dan angkat berat (1).
Sembilan pingat perak menerusi acara berbasikal (1), wushu (1), Karate (2) dan angkat berat (5).
Tujuh pingat gangsa pula menerusi acara angkat berat (1), wushu (2) dan karate (4).
Juara bertahan 2019, Zon Selatan berada di kedudukan ketiga dengan 10 pingat keseluruhan, meraih 2 pingat emas, 3 perak dan 5 pingat gangsa.
Dua pingat emas dari acara angkat berat dan wushu manakala tiga pingat perak dari acara karate (1) dan wushu (2); lima pingat gangsa diperoleh dari cara wushu (1); karate (2) dan angkat berat (2).
Kontinjen Zon Barat (Sri Aman, Betong, Sarikei) pula berada di kedudukan keempat dengan tiga pingat gangsa, serta masih belum memperoleh sebarang pingat emas dan perak.
Sumber : Suara Sarawak