SUKSAR III, SIBU 2023: Zon Selatan pertahan gelaran juara 

SIBU: Kontinjen Zon Selatan (Kuching, Kota Samarahan, Serian) dinobat selaku juara Sukan Sarawak (SUKSAR) III, Sibu 2023.

Kontinjen itu menamatkan saingan empat hari temasya dwitahunan itu dengan memperoleh 143 pingat keseluruhan, 63 pingat emas, 43 perak dan 37 gangsa.

Sekali gus, mengulangi pencapai terbaik ketika bergelar juara semasa SUKSAR II, Miri 2019.

Pesaing terdekat, kontinjen Zon Tengah (Sibu, Mukah, Kapit) biarpun berkelebihan jumlah pingat keseluruhan (151 pingat) sekadar berpuas hati ditempat kedua, menggumpul 50 emas, 47 perak dan 54 gangsa.

Begitu juga dengan kontinjen Zon Utara (Bintulu, Miri, Limbang), meskipun berjaya memperoleh kutipan pingat terbanyak keseluruhan (164 pingat), namun sekadar berpuas hati berada di kedudukan ketiga. 

Zon Utara hanya berjaya mengutip 49 pingat emas, selain 56 perak dan 59 gangsa.

Selain itu, Zon Barat kekal berada di kedudukan keempat, dengan 72 pingat keseluruhan, menggumpul lapan pingat emas, 20 perak dan 44 gangsa.

Temasya SUKSAR III, Sibu 2023 berlangsung selama empat hari bermula dari 15 hingga 18 Januari.

Sebanyak 13 acara sukan dipertandingkan menghimpunkan 1365 orang atlet. 

Sumber : Suara Sarawak



Sarawak Sports Corporation