
15 Sep SUKMA XX: Sarawak di kedudukan ketiga
KUALA LUMPUR: Atlet-atlet wushu kontinjen Sarawak terus menambah bilangan pingat pada temasya Sukan Malaysia Ke-20 (SUKMA XX) yang diadakan di Gimnasium 2, Bukit Jalil di sini pada Rabu.
Pingat kedua iaitu pingat perak diraih Stephanie Ngu chai Ern dalam acara jiansu wanita dengan mata terkumpul sebanyak 9.60.
Pada acara itu, emas dimenangi oleh kontinjen dari Melaka iaitu Tammy Tan Hui Ling dengan mata 9.63 manakala pingat gangsa dirangkul oleh kontinjen Negeri Sembilan iaitu Pang Pui Yee dengan mata 9.54.
Pingat ketiga untuk kontinjen Sarawak iaitu gangsa dirangkul oleh Edwin Wong Sing Yew dalam acara daoshu lelaki dengan mata diperolehi sebanyak 9.60.
Pada acara tersebut, pingat emas dirangkul oleh atlet Johor iaitu Tan Zhen Jie dengan mata 9.65 manakala pingat perak dimenangi oleh Melaka iaitu Tan Cheong Wan dengan mata 9.64.
Sumber : Utusan Borneo Online