23 Sep SUKMA XX MSN KL 2022 Pingat terakhir acara terjun
KUALA LUMPUR: – Kem terjun menutup pentas saingan di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi dengan penuh bergaya.
Ia apabila meraih dua pingat iaitu emas dan perak dari kategori platform individu lelaki.
Pingat emas disumbang oleh Bertrand Rhodict Anak Lises yang berjaya meraih mata tertinggi
395.05.
Sambil pingat perak disumbang oleh Elvis Priestly Anak Clement dengan 372.10 mata.
Manakala, pingat gangsa milik penerjun dari Sabah, Muhd. Anilrian dengan 321.90 mata.
“Syabas dan tahniah kepada kedua-dua penerjun kita kerana berjaya meraih pingat pada hari terakhir saingan.
“Saya turut berkongsi kegembiraan kejayaan penerjun kita ini,” kata
Penolong Ketua Kontinjen, Dato’ Sri Huang Tiong Sii ketika ditemui selepas majlis penyampaian pingat.
Sumber : Suara Sarawak