
19 Sep SUKMA XX MSN KL 2022: Pingat gangsa dari E-Sports
KUALA LUMPUR: Satu pingat gangsa berjaya diperoleh skuad E-Sukan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XX MSN Kuala Lumpur 2022.
Skuad E-Sukan Sarawak tewas (2-0) kepada Selangor di peringkat separuh akhir dalam kategori DOTA 2 yang berlangsung di Quill City Mall sebentar tadi.
Kem E-Sukan Sarawak yang diperkuatkan enam pemain terdiri daripada Amizi Fahmi Abdul Taip (carry), Faizul Alif Ali Yusuf (main-support), Jong Tze Seng (simpanan), Kenneth Wong Keing Teck (offlaner) , Nelson Chin Kuok Chiat (mid-core) dan Tiong Ying Zhi (semi-support) telah mempamer aksi terbaik sepanjang saingan.
Pengurus pasukan, Darren Kueh memuji aksi dipamer pemainnya yang menjurus kejayaan beroleh pingat.
“Saya gembira kami dapat meraih pingat gangsa dalam perlawanan tersebut. Kejayaan ini hasil kerja keras semua pemain,” katanya ketika mengulas perkara itu.
Beliau turut mengakui mereka gagal mencapai sasaran untuk memperoleh pingat perak seperti yang disasar sebelum ini.
Namun Darren berharap kejayaan memperoleh pingat gangsa akan dapat mencetus semangat dalam kalangan atlet lain selepas ini.
Sumber : Suara Sarawak