SUKMA XX: Boling wanita sumbang emas, perak

KUALA LUMPUR: Skuad tenpin boling Sarawak berjaya menyambar masing-masing satu pingat emas dan perak dalam acara perseorangan wanita, tenpin boling pada hari pertama pertandingan itu pada temasya Sukan Sukma Ke-20 (SUKMA XX) di Sunway Megalanes, Subang di sini hari ini.

Pingat emas berjaya dituai oleh Lavinia Kho Jia Jie selepas berjaya mencatat 1,271 jatuhan pin.

Manakala pingat perak turut dimiliki oleh Sarawak dalam acara yang sama dengan 1,268 jatuhan pin oleh Nur Hazirah Ramli.

Sementara itu, Selangor berjaya meraih pingat gangsa dengan 1,263 jatuhan pin oleh Nur Nais Falilnesa.

Acara akhir bagi kategori lelaki perseorangan bakal berlangsung hari ini.

Sumber : Utusan Borneo Online



Sarawak Sports Corporation