
08 Feb Sukma Kuala Lumpur 2022: 21 senarai sukan dimuktamadkan
KUCHING: Acara sukan yang akan dipertandingkan di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Kuala Lumpur akan diumumkan penghujung Februari ini.
Pengumuman penglibatan Sarawak berhubung perkara itu pula dijangka akan dilaksanakan pada minggu hadapan.
Pemangku Pengarah Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) Semawi Mohamad memberitahu, senarai akhir sudah pun dikeluarkan iaitu terdapat 16 sukan wajib dan lima sukan pilihan.
“Senarai jenis sukan tersebut sudah dimuktamadkan.
“Saya akan memaklumkannya kepada Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah terlebih dahulu pada Selasa ini,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.
Bagaimanapun katanya, keputusan terakhir penganjuran akan diumumkan oleh Kerajaan Pusat pada akhir bulan Februari.
Sumber : Suara Sarawak