13 Sep SUKMA KL 2022 Sarawak beroleh kemenangan pertama
KUCHING: Langkah kanan buat skuad bola sepak apabila berjaya menumpaskan Melaka (2-1) pada aksi pertama peringkat Kumpulan B di Padang UNITEN sebentar tadi.
Ia sekali gus menghadiahkan tiga mata berharga buat anak-anak buah Safri Amit.
Sentuhan penyudah hebat dua bintang sensasi Mohammad Zharmien Ashraf Ismail dan Ikwan Firdaus Mohd. Zaidi penyumbang kemenangan penuh bermakna menerusi gol yang dijaringkan pada minit ke-17 dan 28.
“Kemenangan yang cukup berharga bagi kita. Apa yang penting sekali tiga mata yang begitu dihajati kami,” kata Safri kepada Arena Suara Sarawak.
Manakala gol tunggal Melaka dijaringkan pada lewat permainan.
Bagi aksi kedua peringkat kumpulan, Sarawak akan menentang Pahang (14 September) dan disusuli aksi terakhir menentang Johor (16 September).
Sumber : Suara Sarawak