17 Sep SUKMA: Kem olahraga berjaya peroleh pingat emas, gangsa
Posted at 15:10h
in News
KUALA LUMPUR: Dua butir pingat berjaya diperoleh kem olahraga Sarawak pada saingan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar.TERBAIK…Ng Jing Xuan (tengah) dan Farisha Athirah Wai (kanan) bersama pingat dimenangi.
Kedua-dua pingat dipungut melalui acara rejam lembing wanita.
Pingat emas disumbang oleh Ng Jing Xuan yang berjaya mencatat jarak terbaik 43.45 meter.
Manakala, pingat gangsa disumbang oleh Farisha Athirah Wai dengan jarak 39.93 meter.
Pingat perak acara tersebut milik atlet dari Pulau Pinang, Pavithraa Devi A/P Jayaindraan dengan jarak rejamam terbaik dilakukannya 43.42 meter.
Sumber : Suara Sarawak