31 Mar SUKMA 2024 Skuad bola sepak dibawah seliaan SSC/MSNSUKMA 2024
KUCHING: Acara bola sepak untuk temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 kini dibawah seliaan sepenuhnya Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) dan Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS).
Perkara tersebut diberitahu oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SSC, Awang Putrayusrie Awang Redzuan kepada Arena Suara Sarawak.
“Skuad bola sepak bagi persiapan menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 dibawah seliaan SSC/MSNS.
“Setakat ini kita masih belum dapat mengumumkan siapa pemgendali pasukan terbabit,” ujar Awang Putrayusrie.
Bagaimanapun katanya, skuad bawah 19 Kuching City FC yang beraksi dalam kempen Piala Presiden 2023 dilihat bayangan awal untuk menjadi taruhan ke temasya itu kelak.
Menurut Awang Putrayusrie, segalanya bergantung kepada prestasi pada penampilan skuad berkenaan dalam liga terbabit (Piala Presiden 2023).
Pun begitu katanya, pihak SSC dan MSN akan menganjurkan satu lagi kejohanan selepas Hari Raya Aidilfitri bagi mengenal pasti pemain muda berbakat dan boleh diserap ke dalam skuad Sukma 2024.
Sumber : Suara Sarawak