17 Mar SUKMA 2024: Karim beri jaminan penganjuran terbaik
KUCHING: Kerajaan Sarawak menerusi Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, memberi jaminan penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di negeri ini nanti akan berlangsung dengan baik.
Menterinya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Sarawak mempunyai kemudahan sukan antara yang terbaik di negara ini walaupun tidak mampunyai velodrom iaitu gelanggang tertutup bagi acara sukan berbasikal.
Beliau berkata, acara sukan sepanjang berlangsung Sukma 2024 ini nanti tidak hanya dilangsungkan di Bandaraya Kuching.
“Sebaliknya, akan turut dibawa ke beberapa bahagian lain seperti Miri, Sibu, Sri Aman dan sebagainya.
“Pendekatan ini dilakukan bagi memberi peluang kepada masyarakat luar bandar dapat menyaksikan kelibat atlet Sarawak selain memberi sokongan kepada mereka kelak,” katanya.
Karim turut mengakui usaha untuk membawa acara sukan ke bahagian lain kelak secara tidak langsung dapat memberi impak kepada pertumbuhan ekonomi masyarakat setempat.
Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan Datuk Seri rasa gembira selepas pengumuman rasmi oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berhubung kedudukan Sarawak sah sebagai tuan rumah untuk temasya SUKMA 2024.
Sumber : Suara Sarawak