Kuching_SKUAD Sepak Takraw Zon Barat (Sarikei, Betong Sri Aman) berda pada landasan cukup bersedia untuk menggegar bandaraya Miri bersempena Sukan Sarawak (SUKSAR) Miri Edisi ke II 2019 yang akan berlangsung dari 9 hingga 14 Disember ini.
Dengan mempertaruhkan seramai 26 orang pemain, 14 pemain lelaki dan 14 pemain wanita sekali gus memnjadi penanda atas awal buat anak didik pimpinan Fitri Ramzi Ramlie Ketua Jurulatih untuk cuba sekurang-kurangnya meraih pingat emas.
“kita harus dengan misi tersendiri untuk saingan kali ini, apa yang pasti para pemain sudah cukup bersedia ke arah itu dan hanya menunggu detik sebenar saingan” ujar Fitri ketika mengulas mengenai perkara itu. Beliu akui barisan pemain di bawah kendalianya terdiri daripada pemain mudadan tandus dari segi pengalaman dalam berdepan kejohanan yang dijangka sengit itu.
Bagaimanapun, katanya, beliau tetap yakin kejutan mampu dilakukan oleh bala tenteranya jika mereka beraksi mengikut pelan yang dirancang.
“dengan tempoh masa yang ada bagi pemain menjalani latihan sebelum ini diharap mampu menjadi penggerak dalam usaha mengintai peluang meraih keputusan positif pada setiap perlawanan yang sekali gus menjurus kepada perolehan pingat kelak” tambah beliau lagi. Acara sepak takraw akan berlangsung selama tiga hari bermula dari 10 hingga 12 Disember ini bertempat di Stadium Tertutup Miri.
Source : Mingguan Sarawak_AHAD. 08 Disember 2019 Oleh: Faizal Bujang