SJK Chung Hua Sungai Tapang dan SMK Jalan Arang juara keseluruhan boling 

KUCHING: Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Sungai Tapang dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Arang masing-masing muncul juara keseluruhan Cabaran Antara Sekolah Program Pembangunan Boling Tenpin Antara Sekolah SSC-ABAS-Senator yang berakhir di Megalanes Sarawak semalam.

SJK Chung Hua Sungai Tapang yang diwakili 23 pelajar dan diketuai Penolong Kanan (Kokurikulum) Deng Wei Kiong, menggondol lapan emas, satu perak dan tiga gangsa.

Ini sekali gus membolehkan sekolah terbabit mengumpul 161 mata menewaskan 29 sekolah lain. 

Mengiringi pasukan itu ialah guru yang bertanggungjawab ke atas tenpin boling Kong Yek Ping dan Chang Tze Yuin.

Sementara itu, SMK Jalan Arang mengumpul sejumlah 99 mata untuk menamatkan permainan di hadapan 27 sekolah lain. 

Pemain boling elit remaja negeri Alvin Voon Dong Cheng menjadi saingan pasukan selepas dia menggondol dua emas, dua perak dan satu gangsa. 

Sementara itu, Presiden Persatuan Tenpin Boling Amatur Sarawak (ABAS) Sunny Si Poh Heng menyifatkan kejohanan itu satu kejayaan besar.

“Cabaran Antara Sekolah Program Pembangunan Boling Tenpin SSC-ABAS-Senator tidak akan dapat dilaksanakan tanpa orang yang penting iaitu jurulatih program sekolah Robert Lu, Daniel Tan, Jerusha Chan, Mohd Uzair dan ibu bapa serta keluarga serta guru dan ketua sekolah.

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada pelajar, guru dan ibu bapa dari dua sekolah paling jauh iaitu SK Rituh dan SK Tambirat kerana sudi hadir ke majlis ini. 

“Kami berharap dapat berjumpa anda dalam banyak kesempatan yang akan datang,” katanya pada majlis penutup itu.

Jelasnya, program pembangunan sekolah ini tidak akan berlaku jika tidak kerana sokongan padu daripada Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Awang Putrayusrie Awang Redzuan dan Ahli Dewan Negara Senator Dato Ahmad Ibrahim.

Turut hadir Senator Dato Ahmad Ibrahim, Setiausaha Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) Maradona Chok, Naib Presiden Kanan MTBC dan Naib Presiden ABAS Robert Lu dan Awang Putrayusrie. 

Sumber : Utusan Borneo Online



Sarawak Sports Corporation