24 Feb SIAPAKAH ‘RAJA LIBAS’ SARAWAK?
SEBANYAK 14 regu berentap untuk memburu kejuaraan Grand Finale Liga Sepak Takraw Kenyalang (KSL) Edisi II 2023 yang bakal berlangsung di Dewan Serbaguna Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), pagi esok.
Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Sarawak (PSS), Datuk Ismail Abang Saufi berkata ia akan dilangsungkan selama dua hari melibatkan 25 perlawanan bermula pada jam 8.30 pagi esok.
“Selepas sesi cabutan undi yang diadakan Selasa lalu, sebanyak empat kumpulan daripada 14 pasukan akan berentap.
“Kumpulan A menyenaraikan regu Miri Sea Horse A, Sri Aman Gators A, Kuching Nights B dan Mukah Majors A. Manakala, tiga regu diundi berada dalam Kumpulan B iaitu Mukah Majors B, Samarahan Brilliant A dan Kuching Nights A.
“Kumpulan C pula menyaksikan tiga regu iaitu Sri Aman Gators B, Bintulu Bravo A dan Sibu Titans B. Selain empat lagi regu iaitu Bintulu Bravo B, Sibu Titans A, Miri Seahorse B dan Samarahan Brilliant B berada dalam Kumpulan D,” katanya pada sidang media di Pusat Akuatik Pandelela Rinong, Petra Jaya.
Ismail memberitahu format kejohanan secara liga kumpulan pada peringkat awal, manakala kalah mati untuk pusingan selepas itu.
“Perlawanan akhir dijangka dilangsungkan pada hari Ahad, jam 2 petang,” ujarnya.
Saingan Grand Finale KSL 2023, sang juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM3,000 termasuk piala dan pingat dan naib juara membawa hadiah wang tunai berjumlah RM2,000 berserta piala dan pingat, manakala
Sementara RM1,000, piala dan pingat untuk dua pasukan yang tewas diperingkat separuh akhir selaku pemenang tempat ketiga bersama.
Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Awang Putrayusrie Awang Redzuan.
Sumber : Arena Sukan Simanggang