09 Oct Saingan bersambung hujung bulan ini
KUCHING: Berita gembira dinantikan oleh semua pasukan yang terlibat denganLiga Perbadanan Sukan Sarawak (SSC)-Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) 2021.
Ini kerana kejohanan yang menghimpunkan pemain bawah 25 tahun itu akan bersambung semula pada 30 Oktober ini.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SSC, Dr Ong Kong Swee memberitahu, keputusan mesyuarat yang diadakan petang tadi bersetuju untuk memulakan saingan liga berkenaan pada tarikh tersebut.
“Kita telah bersetuju untuk menetapkan tarikh tersebut (30 Oktober) bagi menyambung kembali saingan liga berkenaan.
“Ia dijangka berakhir pada bulan Disember kelak iaitu aksi final akan berlangsung di Bintulu,” ujarnya kepada Arena Suara Sarawak.
Liga SSC-FAS 2021 bermula penghujung Mac lalu. Menghimpunkan 11 pasukan dan dibahagi kepada tiga zon.
Zon Utara menyaksikan pasukan iaitu Miri, Bintulu, Sibu dan Mukah.
Selain tiga lagi pasukan untuk Zon Tengah iaitu Sri Aman, Sarikei dan Kapit.
Berbanding empat pasukan iaitu Sarawak United FC II (SU FC II), Kuching City FC II(KC FC II), Samarahan FA dan Serian FA.
Format pertandingan liga kumpulan secara timbal balik, dua pasukan terbaik layak ke pusingan kalah mati.
Sumber : Suara Sarawak