15 Sep Pingat gangsa kedua buat Arifah
KUALA LUMPUR: Sentuhan hebat berterusan dipamer atlet wushu Sarawak, Yong Arifah Khairul Kok.
Atlet berdarah campuran Melayu/Cina itu sekali lagi berjaya meraih pingat gangsa menerusi kategori Taijiquan.
Memperoleh 9.530 mata pada acara akhir yang berlangsung di Gimnasium 2 Majlis Sukan Negara (MSN) tengah hari tadi.
Ia merupakan pingat gangsa kedua Arifah selepas berjaya meraih satu lagi pingat gangsa dalam kategori Taijijian pada Rabu.
“Cukup berpuas hati dengan pencapaian ini.
Kejayaan beroleh satu lagi pingat bagi saya cukup bermakna,” ujarnya.
Sementara atlet dari Selangor Mandy Cebelle Chen meraih emas dengan 9.60 mata. Manakala, pingat perak milik atlet dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kwan Yong Xin yang menggumpul 9.55 mata.
Sumber : Suara Sarawak