Pertingkat program pembangunan sepak takraw

KUCHING: Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) menerusi pelan perancangam komprehensif akan menganjurkan kejohanan untuk pelbagai peringkat umur, sebagai langkah meningkatkan program pembangunan sukan sepak takraw di negeri ini.

Ia merangkumi beberapa siri liga seperti Liga Sepak Takraw Antara Regu Bawah 15 dan 17 Tahun (Lelaki & Wanita).

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SSC, Dr Ong Kong Swee berkata pihaknya akan menjalin kerjasama dengan beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak serta kelab-kelab tempatan.

“Kita begitu komited untuk memastikan pembangunan sukan sepak takraw di negeri ini.

“Diharap pelan yang berada dalam radar ketika ini dapat direalisasi sepenuhnya,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Grand Final KSL PSS-SSC 2021 di Gelanggang Pelbagai Guna SSC, Petra Jaya pagi tadi.

Majlis perasmian tersebut disempurnakan Pemangku Setiausaha Tetap, Kementerian Belia Dan Sukan, Nancy Jolhi mewakili Menteri Belia Dan Sukan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Hadir sama Timbalan Presiden Persatuan Sepak Takraw Sarawak (PSS), Datuk Ismail Abang Saufi.

Sumber : Suara Sarawak



Sarawak Sports Corporation