PENYERAHAN BENDERA MAKSAK SARAWAK 2023

Telah berlangsung semalam Penyerahan Bendera Kontijen MAKSAK Sarawak yang disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak, YB Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar Bin Marzuki, Setiausaha Kerajaan Sarawak merangkap Yang di Pertua MAKSAK Sarawak di Dewan Undangan Sarawak bagi menghadapi Kejohanan Futsal (Lelaki & Wanita) dan Lawn Bowl Kebangsaan MAKSAK Games 2023 pada 18 Mei 2023 – 21 Mei 2023 di Kuala Lumpur.

Penyerahan bendera tersebut telah diterima oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) merangkap Pengerusi Pembangunan Sukan Lawn Bowl MAKSAK Sarawak, Encik Awang Putrayusrie Awang Redzuan dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak (HDC) merangkap Pengerusi Pembangunan Sukan Futsal MAKSAK Sarawak, Haji Mohamad Asman Haji Ahmad.

Turut hadir menyaksikan penyerahan bendera tersebut Pengarah Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak merangkap Setiausaha Kehormat MAKSAK Sarawak, Haji Semawi Haji Mohamad.

Selamat maju jaya kepada kedua-dua pasukan MAKSAK Sarawak.



Sarawak Sports Corporation