Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Kerja Borneo Games Kuching 2025

Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Kerja Borneo Games Kuching 2025

Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Kerja Borneo Games Kuching 2025

🗓️ 25 Julai 2025 (Jumaat)
📍 Bilik Sukma XXI, Tingkat 1, Bangunan Baitulmakmur II

Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Kerja bagi Borneo Games Kuching 2025 telah diadakan dan dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato Gerald Rentap Jabu, selaku Pengerusi Borneo Games Kuching 2025.

Mesyuarat ini bertujuan menyelaras segala gerak kerja, tanggungjawab serta keperluan-keperluan berkaitan penganjuran temasya, bagi memastikan persediaan rapi dan penganjuran yang lancar serta berkesan.

Borneo Games Kuching 2025 akan berlangsung pada 24 hingga 28 September 2025 di sekitar Kompleks Sukan Petra Jaya, Kuching, melibatkan penyertaan kontinjen dari:
– Sarawak
– Sabah
– Wilayah Persekutuan Labuan

– Negara Brunei Darussalam
– Provinsi Kalimantan Timur, Indonesia

Temasya ini bakal menjadi platform penting dalam mengeratkan hubungan serantau menerusi semangat kesukanan dan persahabatan antara wilayah Borneo.

🏅 Bersama menjayakan Borneo Games Kuching 2025!
#BorneoGamesKuching2025 #SarawakMajuMakmur



Sarawak Sports Corporation