21 Nov Lebih 150 guru, pelajar sertai boling
KUCHING: Lebih 150 pelajar dan guru dari pelbagai sekolah rendah dan menengah sekitar Kuching mengambil bahagian dalam Pertandingan Boling Guru dan Pelajar yang diadakan di Megalanes Sarawak, Batu Kawa baru-baru ini.
Pertandingan itu menjadi pemanas badan menjelang Kejohanan Tenpin Boling Terbuka Antarabangsa Sarawak yang dijadual diadakan dari 22 hingga 26 November 2022 juga di Megalanes Sarawak, Batu Kawa.
Ia dianjurkan oleh Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) dan Persatuan Tenpin Boling Amatur Sarawak (ABAS) bagi membuka tirai Kejohanan Tenpin Boling Terbuka Antarabangsa Sarawak yang akan bermula minggu depan.
Selain itu, pertandingan tersebut menjadi pendedahan kepada atlet muda dari Pusat Permulaan Tenpin Boling Sarawak.
Dalam kejohanan berkenaan, Fuad Samsudin dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matang Hilir dinobatkan johan kategori guru (pengajar).
Naib johan dirangkul Alexander Tow Ah dari Institut Pengajian Guru (IPG) Batu Lintang) dan Rozalina Baha (SMK Matang Hilir) di tempat ketiga.
Dalam pada itu, bagi kategori murid lelaki ia dimenangi Rayyan Adi Zayyad Rosmadi (SK Semenggok), Arceliuss Glenn Arthur Ray (SK Paya Mebi), Jose Chua Juan Chen (SJK(C) Bintawa) dan Abdul Muiz Abdul Wahab (SK Petra Jaya).
Tempat kedua dirangkul peserta dari Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Sungai Tapang iaitu Ling Li Yuan, Darren Chai Yew Hong, Odwin See Kai Yuan dan Aichner Martius Donatius.
Manakala tempat ketiga disandang peserta dari SK Garland iaitu Abang Afiq Haziq Abang Mohammad Faizal, Syafiq Danial Syarul Nizam, Neilvis Ferdinand Ngali dan Ralfyn Keeve Petrus.
Bagi kategori murid perempuan, johan dirangkul Glynnis Choo Zhi Shian SJK Chung Hua Sungai Tapang, Amber Tan Sze Shuen dari SJK Chung Hua No. 4, Arwynn Galleina Arthur Ray (SK Paya Mebi) dan Anathacia Gadding John Lon (St. Stephen, Bau).
Tempat kedua menjadi milik Nur Ameena Auni Mohammad Nizam (SK St. Mary), Claudia Scarlet Chillter (SJK Chung Hua Sungai Tapang), Amanda Tan Yi Shuen (SJK Chung Hua No. 4) dan Nur Fathi Fatihah Mohd Zakry (SK RPR Jalan Astana).
Manakala tempat ketiga disandang Nur Aisyah Qaireen Abdul Amir (SK Semerah Padi), Kueh Wan Ting (SJK Chung Hua Sungai Tapang), Nurul Iznatul Hanna Binti Aswandy (SK Stapok) dan Chelsyn Yong Jia Xin (SJK Chung Hua Sungai Tapang).
Dalam kategori sekolah menengah (lelaki), johan dimenangi Oscar Ngui Zi Hao (Chung Hua Middle School No. 1), Rafael Mansion (SMK St. Joseph Kuching), Abang Nur Haikal Abang Mahmood (SMK Green Road) dan Mohamed Farhan Asgar Jahan (Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah).
Tempat kedua dimenangi Ong Jui Yang (St. Joseph International School), Alexzander Bryan Richard (SMK Batu Lintang), Muhammad Hafidz Daniel Nazri (SMK Gedong) dan Syazani Samsudi (SMK Tunku Abdul Rahman).
Manakala empat pelajar SMK Matang Jaya merangkul tempat ketiga iaitu Abang Muhamad Fauzan Abang Kamarudin, Amirul Afiq Mohamad Fikrie, Muhammad Hafidz Daniel Nazri dan Awang Shahrulnizam Awang Taha.
Kategori perempuan sekolah menengah pula dimenangi semua pelajar SMK Batu Kawa iaitu Axiomara Tijan Andy, Graceiya Mal Neynia, Glenda Vanessa Lai dan Amanda Thalia Sylvester.
Tempat kedua disandang semua pelajar SMK Matang Jaya iaitu Qasdina Auni Khan Akbar Khan, Audrey Elsie Anam, Mas Ezzatul Ain Aini dan Fathiah Syuhada Mohamad Jeffrey.
SMK Matang Jaya turut menggondol tempat ketiga menerusi Nurqistina Balqis Muhammad Iqbal, Nurul Izyani Roslan, Siti Aisyah Syahida Virgilrismanto dan Nur Nadiyatul Mashitah Mohamad Guntor.
Hadiah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SSC Morshidi Fredrick bersama Pegawai Pembangunan Sukan Tenpin Boling Vernity Ricky, Naib Presiden ABAS Robert Lu Nam Min dan jurulatih Pusat Permulaan (PP) Jerusha Chan Poe Yin.
Sumber : Utusan Borneo Online