14 Sep KURSUS SAINS SUKAN TAHAP 3 ANJURAN PERBADANAN SUKAN SARAWAK DAN MAJLIS SUKAN NEGERI SARAWAK
Kursus Sains Sukan Tahap 3 diadakan pada 7 hingga 12 September 2020 di Regal Court Hotel Kuching, Sarawak. Seramai 29 peserta menyertai kursus ini yang terdiri daripada Jurulatih Perbadanan Sukan Sarawak/Majlis Sukan Negeri Sarawak/Persatuan dan agensi kerajaan/swasta.
Ia merupakan anjuran Perbadanan Sukan Sarawak dan Majlis Sukan Negeri Sarawak Dengan Kerjasama Akademi Kejurulatihan Kebangsaan dan Institut Sukan Negara Malaysia.
Majlis di rasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Sukan Sarawak. Beliau berharap agar ilmu yang di perolehi sepanjang kursus ini akan di aplikasikan semasa latihan seterusnya mampu melahirkan atlet yang bertaraf dunia. Beliau juga mengatakan dimana proses untuk pembangunan sukan sekurang-kurangnya akan mengambil tempoh lima tahun. Ia juga merangkumi pemakanan dan psikologi Sukan, bukan sekadar Kejurulatihan. Kursus seperti ini akan diadakan lebih kerap di Sarawak, kata beliau.
Lima orang penceramah yang dijemput bagi berkongsi ilmu iaitu:
- GORDON NICOLAUS JEMAT
- DANA RAJA A/L NARAYNASAMY
- CHIN NGIEN SIONG
- LIM ENG HOOI
- PATHMANATHAN A/L SUPPIAH
Pegawai Dari Akademi Kejurulatihan Kebangsaan iaitu En. Hisyam Arif Bin Zainal Abidin
Pegawai dari Perbadanan Sukan Sarawak iaitu Cik Adilaila Binti Samshuddin
Pegawai dari Majlis Sukan Negeri Sarawak iaitu Puan Zaiton Binti Muhamad
Rasional penganjuran kursus ini adalah untuk menaik taraf mutu kejurulatihan dengan pendekatan dalam bidang sains sukan dan program latihan. Ilmu yang disampaikan mampu membimbing jurulatih ke tahap yang lebih tinggi seterusnya melahirkan lebih ramai atlet Sarawak yang yang berkualiti tinggi.
Program ini dijalankan mengikut SOP yang telah ditetapkan seperti yang disarankan oleh pihak kerajaan. Peserta sentiasa diingatkan supaya kerap mencuci tangan dan menjaga penjarakan fizikal sepanjang program dijalankan.