KSL 2023: PLATFORM BENTUK PASUKAN TAKRAW SUKMA 2024

KEJOHANAN Liga Sepak Takraw Kenyalang (KSL) PSS/SSC 2022 bakal menjadi gelanggang penentu bagi memilih atlet untuk mewakili skuad Sarawak ke peringkat bahagian dan negeri.Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Awang Putrayusrie Awang Redzuan berkata, KSL ini juga menurutnya merupakan platform untuk mencari calon belia yang berkelayakan bagi mewakili Sarawak pada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 yang diadakan pada tahun hadapan.”Kejohanan ini adalah program kerjasama antara Persatuan Sepak Takraw (PSS) Sarawak dan SSC sebagai pentas atau platform bagi mengenal pasti dan memilih pemain yang berpotensi dan berbakat di peringkat bahagian dan negeri untuk menyertai skuad elit Bumi Kenyalang ke kejohanan peringkat yang lebih tinggi dan berprestij,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan KSL 2022 bertempat di Dewan Serbaguna SSC, hari ini.Turut hadir ialah Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Sarawak (PSS), Datuk Ismail Abang Saufi.Awang Putrayusrie berkata menerusi penganjuran KSL ini, pemain yang berumur di bawah 20 tahun juga akan dipilih bagi persiapan skuad SUKMA Sarawak yang akan mewakili Sarawak di SUKMA ke-21 yang berkemungkinan akan diadakan di Sarawak.Beliau menjelaskan, antara kejohanan yang awal sekali diadakan adalah Sepak Takraw League (STL) Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan bermula 26 Mei hingga 5 Ogos 2023.Untuk rekod, Kenyalang Sepak Takraw League (KSL) mula dianjurkan pada tahun 2021 di mana ia telah diadakan di enam zon merangkumi zon Kuching, Samarahan, Sri Aman, Mukah, dan dua zon baharu iaitu Bintulu dan Limbang.Saingan Grand Finale KSL, sang juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM3,000 termasuk piala dan pingat dan naib juara membawa hadiah wang tunai berjumlah RM2,000 berserta piala dan pingat, manakala Sementara RM1,000, piala dan pingat untuk dua pasukan yang tewas diperingkat separuh akhir selaku pemenang tempat ketiga bersama.Pihak penganjur juga akan turut memilih pemain terbaik bagi posisi tekong, apit kiri dan juga apit kanan.

Sumber : Arena Sukan Simanggang



Sarawak Sports Corporation