10 Dec Kejohanan Tenpin Boling Tertutup Sarawak edisi ketujuh diteruskan Sabtu ini
KUCHING: Kejohanan Tenpin Boling Tertutup Sarawak edisi ketujuh diteruskan dan akan berlangsung di Megalanes Batu Kawa di sini, Sabtu ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) Dr Ong Kong Swee berkata kejohanan ini bermula dengan kategori remaja.
Manakala kategori terbuka dan bergred akan berlangsung pada 19 dan 20 Disember di tempat sama.
“2020 telah menjadi tahun yang sangat sunyi bagi kita. Pertandingan semua dibatalkan berikutan pandemik global.
“Atlet muda kita tidak dibenarkan bersaing di luar negara malah di Semenanjung Malaysia berikutan larangan perjalanan.
“Satu-satunya kejohanan utama yang membolehkan mereka bersaing adalah Kejohanan Tenpin Boling Tertutup Sarawak bermula 12 hingga 20 Disember ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat SSC semalam bersama Ketua Bahagian Pembangunan Sukan Ahmad Rodzli Hashim.
Hadir sama Naib Presiden Persatuan Tenpin Boling Amatur Sarawak (ABAS) Robert Lu Nam Min, Timbalan Presiden ABAS Shaifulbahri Shukri dan Pengarah Urusan Megalanes Jackie Ting.
Tambah Dr Ong, bulan Disember ini juga memberikan satu-satunya peluang kepada ABAS untuk menganjurkan kejohonan di laman sendiri.
Kejohanan ini secara tidak langsung dapat mempromosikan sukan tenpin boling selain dapat akses tahap kemahiran atlet muda selepas 11 bulan tanpa pertandingan.
Sumber : Utusan Borneo Online