Karim cetus semangat atlet Sukma Sarawak

KUALA LUMPUR: Cetusan semangat tambahan buat barisan atlet Sarawak yang masih lagi berentap di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XX MSN Kuala Lumpur 2022.

Ia dengan kehadiran Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah yang tiba dari Kuching pagi tadi.

Sejurus ketibaan di sini, beliau terus melawat ke beberapa gelanggang perlawanan termasuk Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil serta berjumpa dengan barisan atlet Sarawak daripada beberapa acara sukan berlainan.

Beliau turut diiringi Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Gerald Rentap Jabu; Timbalan Ketua Kontinjen Sarawak Nancy Jolhi; Penolong Ketua Kontinjen Sarawak, Dato Sri Huang Tiong Si; Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Morshidi Fredrick dan beberapa pegawai Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS).

Sumber : Suara Sarawak



Sarawak Sports Corporation