Kagum langkah proaktif persatuan sukan

KUCHING: Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Awang Putrayusrie Awang Redzuan kagum dengan langkah proaktif dilakukan persatuan sukan yang akan terlibat dengan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024.

Ia mengambil kira inisiatif azali dilakukan persatuan sukan berkaitan terutama proses pencarian atlet baharu berpotensi untuk mewakili Sarawak di temasya dwitahunan negara itu kelak.

“Persatuan sukan kini sibuk mempergiatkan usaha mencari atlet baharu berbakat bagi mewakili Sarawak pada temasya Sukma 2024.

“Ia satu perkembangan positif kerana memperlihatkan komitmen jitu semua badan induk itu untuk menyedia pasukan yang benar-benar mantap,” ujar Awang Putrayusrie kepada Arena Suara Sarawak.

Sumber : Suara Sarawak



Sarawak Sports Corporation