Cetusan semangat pemain Kuching City FC

KUCHING:  Semangat tambahan mengiringi pemain skuad Piala Presiden Kuching City FC tatkala turun berdepan Johor Darul Ta’zim III pada aksi sulung mereka di Stadium Sarawak, Petra Jaya petang esok.

Anak-anak buah Safri Amit mendapat suntikan kata-kata azimat daripada Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Awang Putrayusrie Awang Redzuan pada Sesi Randau Pemain Piala Presiden Kuching City FC di Stadium Sarawak, Petra Jaya semalam.

Pada sesi soal jawab, Awang Putrayusrie menzahir keyakinan terhadap barisan pemain muda pasukan terbabit untuk mencipta kemenangan sulung mereka.

“Esok perlawanan pertama anda semua dan kita berharap akan dapat mencapai kemenangan sekali gus beroleh tiga mata berharga,” ujar Awang Putrayusrie.

Beliau percaya tekanan menanti barisan kendalian jurulatih berpengalaman (Safri Amit) sepanjang saingan nanti.

Bagaimanapun, yakin pemain mampu memanfaat kelebihan beraksi di laman sendiri.

“Dengan persiapan rapi dilakukan selain himpunan pemain muda berbakat yang dipertaruhkan petang esok, saya percaya skuad ini mampu beroleh kemenangan,” tambahnya.

Sumber : Suara Sarawak



Sarawak Sports Corporation