BENGKEL ANTI DOPING ATLET SUKMA XX 2022

  • Doping adalah penggunaan bahan atau kaedah yang diharamkan untuk meningkatkan prestasi sukan oleh atlet. Masalah doping ini sering berlaku di kalangan para atlet,namun begitu peranan jurulatih juga sangat penting bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.
  • Justeru, program “Anti Doping” ini diadakan adalah bertujuan untuk memberikan pendidikan mengenai penyalahgunaan bahan terlarang di dalam sukan. Bengkel “Anti Doping” kali ini diadakan julung kalinya diantara para atlet-atlet SUKMA dimana sebelum ini pendedahan hanyalah diberikan kepada para jurulatih-jurulatih. Ianya adalah anjuran bersama Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) dan Perbadanan Sukan Sarawak (PSS).
  • Pada masa yang sama, dapat meningkatkan kesedaran di kalangan atlet dan pengetahuan mengenai prosedur semasa dalam menangani kes yang berkaitan dengan doping dan diharapkan selepas menghadiri bengkel ini, para atlet mendapat ikhtibar dalam sebarang pengambilan makanan tambahan dan ubat-ubatan sepanjang berlangsungnya latihan dan pada hari sukan sebenar.
  • Bengkel kali ini telah disertai oleh atlet-atlet dari 31 jenis sukan dan disertai seramai 200 orang atlet SUKMA yang sedang menjalani “Latihan Pusat” di Kuching (13/8/2022), 31 orang atlet di Miri (20/8/2022), 33 orang atlet di Sibu (21/8/2022) dan juga turut disertai oleh 39 orang jurulatih di Kuching (1/8/2022) dan 7 orang jurulatih di Miri (6/8/2022).
  • Penganjuran “Bengkel Anti Doping” kali ini tidak terhenti di sini sahaja, namun ianya akan diadakan juga untuk para atlet-atlet kita yang sedang menjalani latihan pusat di Zon Utara (Miri) dan Zon Tengah (Sibu).
  • Diharapkan, penglibatan dan kerjasama berterusan daripada atlet dan jurulatih bagi program-program yang akan dijalankan pada masa akan datang.



Sarawak Sports Corporation