Awang PutrayuSRie dilantik CEO SSC, Pengarah MSNS baharu

KUCHING: Awang Putrayusrie Awang Redzuan, 49, dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) serta Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) baharu berkuat kuasa hari ini.

Beliau menggantikan Morshidi Fredrick, 54 yang berpindah tugas di Kementerian Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) sebagai Setiausaha Tetap.

Majlis Serah, Terima Tugas Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Sukan Sarawak (SSC)/ Pengarah MSNS telah berlangsung di Pusat Akuatik Pandelela Rinong, Petra Jaya, pagi tadi.

Menggalas jawatan sebagai Timbalan CEO Majlis Seni Sarawak sebelum ini, Putrayusrie berkata lantikan ini merupakan cabaran bagi dirinya dengan latar belakang yang berbeza.

“Apa pun, dengan pengalaman selain kelebihan yang ada, saya akan berusaha melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya,” katanya pada sidang media ringkas di akhir majlis tersebut.

Menurut Putrayusrie, apa yang menjadi fokus beliau selepas ini adalah meneruskan transformasi pembangunan sukan dengan pelan strategik yang tersedia dan bakal dilaksanakan nanti.

Ia sekali gus katanya dapat memastikan peranan SSC/MSNS sebagai badan penggerak dunia sukan yang lebih komprehensif pada masa akan datang.

Sumber : Suara Sarawak



Sarawak Sports Corporation