13 Feb Atlet Sarawak terima insentif lebih RM700,000
KUCHING: Keceriaan jelas terpancar pada raut wajah barisan atlet Sarawak yang berjaya meraih tiga pingat utama pada empat temasya sukan berbeza pada tahun 2021 dan 2022.
Ia termasuk Sukan Malaysia (SUKMA) XX Kuala Lumpur 2022, Sukan Para Asean, Solo, Indonesia 2022, Sukan Komanwell, Birmingham, England 2022 dan Sukan SEA Hanoi, Vietnam 2021.
Dengan pemberian insentif daripada Kerajaan Sarawak berjumlah keseluruhan RM710,250. Ia mencakupi RM510,250 untuk para atlet yang berjaya meraih pingat emas, perak dan gangsa dari 27 acara sukan pads temasya berprestij negara, Sukma XX MSN Kuala Lumpur 2022.
Diikuti RM109,000 untuk tujuh atlet yang juga berjaya memperoleh tiga pingat utama Sukan Para Asean, Solo, Indonesia 2022.
RM23,000 kepada tiga orang atlet yang berjaya memenangi pingat emas, perak dan gangsa di Sukan Komanwel, Birmingham, England 2022 dan RM68,000 untuk 26 orang atlet Sarawak yang memenangi tiga pingat utama pada Sukan SEA 2021, Hanoi, Vietnam.
Majlis penyerahan insentif tersebut telah disempurnakan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini, hari ini.
Majlis tersebut yang turut dihadiri Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah serta dua Timbalan Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Datuk Gerald Rentap Jabu dan Dr Ripin Lamat serta Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak Dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Sri Fatimah Abdullah.
Sumber : Suara Sarawak