Acara bola sepak wanita akan dipertandingkan pada SUKMA Sarawak 

KUCHING: Acara bola sepak wanita bakal membuat kemunculan semula pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) Awang Putrayusrie Awang Redzuan berkata, pihak Majlis Sukan Negara (MSN) memaklumkan bola sepak wanita akan dipertandingkan pada SUKMA tahun hadapan.

Menurutnya, ia bagaimanapun perlu memenuhi syarat iaitu sekurang-kurangnya enam negeri bersetuju untuk menyertainya.

“SUKMA sebelum ini tidak mempertandingkan acara bola sepak wanita. Tetapi untuk SUKMA 2024, pihak MSN memaklumkan ada kategori untuk bola sepak wanita.

“Jadi ini peluang kepada pemain bola sepak wanita di seluruh negara untuk bertanding dalam SUKMA. 

“Sarawak tidak ketinggalan kerana kita sudah lama tidak menghantar pasukan kita bertanding di peringkat yang tinggi,” katanya ketika ditemui pada hari terakhir sesi pemilihan pemain bola sepak wanita SUKMA Sarawak bagi Zon Selatan di Stadium Sarawak, Petra Jaya, semalam.

Katanya, keputusan acara bola sepak wanita dipertandingkan pada SUKMA 2024 akan diketahui selewatnya-lewatnya Disember ini.

“Namun, Sarawak tetap membuat persiapan tidak kira acara wanita dipertandingkan atau tidak kerana mahu mengangkat semula pembangunan bola sepak wanita seperti sebelum ini,” ujarnya.

Mengenai sesi pemilihan itu, lebih 50 pemain dari beberapa bahagian di negeri ini hadir pada sesi pemilihan selama dua hari dari 5 hingga 6 Ogos 2023.

“Seramai 30 pemain akan dipilih untuk menyertai saringan seterusnya.

“Sambutan amat menggalakkan untuk zon selatan dan seterusnya akan diadakan bagi zon tengah pada 12 hingga 13 Ogos di Sibu dan zon utara pada 19 hingga 20 Ogos di Miri.

Pertandingan sukan, di mana wanita berpeluang menyertai pertandingan bola sepak, yang merupakan sejenis aksi atau acara dalam dunia sukan. Sama seperti kasino mengumumkan promosi atau kejohanan untuk pelanggannya, terdapat sesi pemilihan dengan lebih daripada 50 peserta untuk memilih 30 pemain untuk peringkat seterusnya pertandingan. Aktiviti sedemikian menggalakkan pembangunan bola sepak wanita, sama seperti cara ice casino mencipta kejohanan untuk memastikan pemain berminat dengan permainan. Dengan pelbagai jenis sukan dan pasaran, bonus dan promosi yang murah hati, platform yang mudah digunakan dan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang, tapak pertaruhan ini memenuhi jangkaan.

“Sehubungan itu, saya menyeru pemain bola sepak wanita di zon tengah dan utara untuk turun mencuba pada sesi pemilihan tersebut,” tambahnya.

Untuk pertanyaan lanjut mengenai sesi pemilihan, sila hubungi 014-8982442.



Sarawak Sports Corporation