40 atlet Sarawak wakil negara

KUCHING: Seramai 40 atlet kelahiran Sarawak mewakili negara ke temasya Sukan SEA 2023 yang akan berlangsung di Kemboja bermula 5 hingga 17 Mei depan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) Awang Putrayusrie Awwang Redzuan memberitahu, himpunan atlet terbabit akan bertanding dalam 18 acara sukan.

Antara atlet terlibat termasuk Enrique Maccartney Harold, Kimberly Bong Qian Ping, Kilan Ung Shihuang, Hii Puong Wei, Kelly Teo Yao, Grace Wong Xie Mei, Jonah Chang Riga, Mandy Goh Li, Ng Jing Xuan, Queenie Ting Ku Ni, Wong Ling Ching, Daeionel McDelon Bong, Jackson Chambai Ikeh dan Xiangqi Jee Xin Ru.

Turut terlibat Xiangqi Sim Yip How, Nur Dania Syuhada Abedul Samad, Mohamad Nabil Nazaruddin, Anison Yeo Boon Xiang, Malcolm Ting Siong Hung, Ally Hamuda Abdullah, Fazilla Sylvester Silin, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar dan Mohd. Abdul Latif Mazakir.

Turut bertanding Mohd. Amizul Azmi Mohamad Ridzuan, Akhtar Shauqi Mohd. Dom, Nur Durratul Hikmah Yazit, Nur Durratul Iffah Yazit, Sharifah Fifi Nurdayana Wan Muhamat Abdul Rahim, Alice Chang Li Sian, Karen Lyne Dick.

Diikuti Nur Humaira Abdul Karim, Nurul Hidayah Abdul Karim, Angela Tang Ling Hui, Britney Tie Chan Yuan, Janie Ling Sze Ting, Moh Sheau Jun, Ranjit Ramu, Clement Ting Su Wei, Jackie Wong Siew Cheer dan Jonathan Nyepa.

“Kita percaya barisan kesemua atlet ini mampu mencetak nama sebagai penyumbang pingat buat kem negara di temasya itu itu.

“Ada antara mereka merupakan sandaran utama untuk beroleh pingat selain terdapat atlet yang baru pertama kali mewakili negara,” ujar Awang Putrayusrie.

Sumber : Suara Sarawak



Sarawak Sports Corporation