13 Oct
Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Cameron Kechendai James, pelumba dari negeri Sarawak yang telah mewakili Malaysia dalam “Asia Pacific Motorsport Championship” yang telah berlangsung di Sepang International Circuit pada 30 September sehingga 1 Oktober 2023. Saudara Cameron telah menunjukkan prestasi yang terbaik dengan mendapat tempat kedua daripada 14 buah negara yang bertanding dalam kategori “Auto Gymkhana” (Male Double) berganding dengan pelumba dari Kuala Lumpur iaitu Amaresh Malakar Choudhury. Pada 12 Oktober 2023, pihak SSC telah mengadakan perjumpaan ringkas bersama Cameron dan dua orang pegawai rasmi acara yang juga berasal dari Sarawak iaitu Saudara Sean dan Saudari Daphne bersama dengan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak, Encik Awang Putrayusrie bin Awang Redzuan dan Pegawai Pembangunan Sukan Pemotoran bagi memberi ucapan tahniah setelah mengharumkan nama Malaysia khususnya anak kelahiran negeri Sarawak ini yang telah mendapat pingat dalam perlumbaan antara Asia Pasifik. Untuk makluman, Saudara Cameron terpilih untuk menyertai perlumbaan di Taiwan pada bulan April pada tahun hadapan dan pihak SSC doakan yang terbaik bagi persediaan dalam menghadapi perlumbaan itu nanti.