Tiga jurulatih taruhan tinju Sarawak

TIGA jurulatih berpengalaman menjadi sandaran skuad tinju Sarawak untuk meraih pingat dalam temasya Sukma 2020 di Johor pada 11 hingga 19 Julai depan.

Presiden Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA), Datuk Rahman Lariwoo berharap ketiga-tiga jurulatih ini mampu membentuk kehebatan atlet Sarawak.

Tiga jurulatih tersebut ialah Muhammad Herman Morni sebagai Ketua Jurulatih, pemenang pingat emas Sukan Komanwel 1998, Sapok Biki (Jurulatih Teknikal) dan Wilbur Buang Andogan (Penolong Jurulatih).

“Usaha ini bagi memastikan pasukan kita mampu tampil dengan lebih cemerlang dalam temasya Sukma nanti.

“Saya yakin dengan adanya ketiga-tiga jurulatih berpengelaman ini,” ujarnya.

“Mereka boleh memberi kuasa tambah dan pingat buat Sarawak,” jelas Lariwoo.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Majlis Makan Malam SABA di Kuching.

Tambahnya, kehadiran tiga jurulatih ini sejak beberapa bulan yang lalu memberikan perubahan drastik terhadap prestasi tinggi

“Justeru, kita berharap perubahan yang dilakukan menjadi penanda aras terbaik dalam merealisasikan impian sebenar nanti,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Rahman dalam ucapannya turut mengumumkan Hafisz Rachman Drahman sebagai pengurus skuad tinju Sukma Sarawak.

Majlis turut menyaksikan kehadiran barisan exco badan induk berkenaan dan peninju yang akan mengibar bendera Sarawak.

Source: Suara Sarawak  Oleh: Naziry Harizan