Pemain Bowling Lagenda, Amleto Monacelli Sertai Kejohanan Antarabangsa Tenpin Terbuka Sarawak 2019

KUCHING : Pemain professional dari Amerika Syarikat yang juga merupakan lagenda boling dunia akan menyertai Kejohanan Antarabangsa Tenpin Terbuka Sarawak 2019 yang dijadualkan berlangsung di Megalanes Batu Kawa Kuching pada 7 hingga 10 September ini.

Menteri Muda Belia dan Sukan, Datuk Snowdan Lawan berkata pemain berkenaan dijangka akan tiba di Bumi Kenyalang pada 4 September ini bersama pasukannya dan peserta-peserta dari luar negara yang lain.

Menurutnya lagi Amleto merupakan antara 500 keseluruhan peserta untuk kejohanan kali ini yang membabitkan 12 buah negara yang telah mengesahkan penyertaan mereka termasuk Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika sidang media berkenaan penganjuran Kejohanan Antarabangsa Tenpin Terbuka Sarawak 2019 di sini, pagi tadi.

Snowdan yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa penganjur kejohanan menambah, beliau menjangkakan akan ada beberapa buah negara lagi mengesahkan kehadiran mereka dalam tempoh terdekat ini sekaligus menyifatkan penganjuran kali ini akan menjadi platform dan pendedahan terbaik bagi atlet-atlet boling kebangsaan khususnya atlet kelahiran Sarawak.

Antara 12 buah negara yang telah mengesahkan kehadiran mereka ke kejohanan ini adalah Amerika Syarikat, Singapura, Filipina, Thailand, Indonesia, Chinese Taipei, China, Jepun, Korea, Pakistan, Brunei, Dan Malaysia.

 

Sumber: TV Sarawak



Sarawak Sports Corporation