DIMINASI EMAS ‘ZON SELATAN’

PENGUASAAN atlet berbasikal kontinjen Zon Selatan (Kuching, Samarahan & Serian) nyata masih sukar ditandingi.

Ia mengambil kira keupayaan mendominasi dua pingat utama iaitu emas dan perak pada hari kedua Kejohanan Sukan Sarawak (SUKSAR) II Miri 2019.

Raya Othman yang berjaya meraih emas dengan mengumpul 48 mata selepas menamatkan 24  pusingan acara kriterium lelaki.

Diikuti pingat perak yang menjadi milik rakannya, Muhammad Luqman Daniel Mohammad Roji mengumpul 32 mata juga selepas menamatkan 24 pusingan.

Sementara itu, pingat gangsa milik Tze Xian Beng mewakili kontinjen Zon Tengah (Sibu, Mukah, Kapit) dengan mengumpul 11 mata untuk 24 pusingan dilaluinya.

“Cukup berbangga dengan pencapaian dipamerkan para pelumba semalam. Dan yang pasti kami (Zon Selatan) berjaya mengekalkan penguasaan untuk hari kedua kejohanan,” ujar pengurus pasukan, Nasre Sahok ketika mengulas mengenai kejayaan pasukannya.

Sambil berharap para pelumba mampu mengekakan reputasi hebat mereka untuk hari perlumbaan seterusnya yang membabitkan kategori berbeza.

Menurut Naser, hari ini berlangsung perlumbaan membabitkan tiga kategori iaitu 500 meter pecut, 1000 meter dan acara berbukit (XCO-Cross Country Olympic).

“Sebagai mana biasa fokus kita tetap mahu meraih pingat emas dalam setiap acara yang akan dilangsungkan hari ini.

“Dan saya percaya jika pelumba tampil dengan prestasi kemuncak mereka, peluang untuk melihat menaiki podium mampu terlaksana,” tambah Naser lagi.

Sumber: Utusan Sarawak  Oleh: Faizal Bujang